Sunday, October 28, 2007

Wanita, Indahnya ciptaan Allah

Wanita Idaman

9 sikap wanita yang disukai lelaki: (sekadar renungan buat kita semua...)

  1. Keibuan
  2. Keanak-anakkan
  3. Penuh Pengertian
  4. Menghargai
  5. Menjaga Penampilan
  6. Pandai berbicara
  7. Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri
  8. Menghormati Diri Sendiri
  9. Simpati dan prihatin

14 comments:

Anonymous said...

"Harta yang paling berharga di dunia adalah wanita yang solehah."

HR Muslim

Anonymous said...

DI MANAKAH CANTIKNYA WANITA?

Mungkin pada sepasang matanya yang hening - yang selalu menjeling tajam atau yang kadang-kala malu-malu memberikan kerlingan manja.

Boleh jadi pada bibirnya yang tidak jemu-jemu menyerlahkan senyuman manis, atau yang sekali-sekali memberikan kucupan mesra di dahi umi juga ayah, suami dan pipi mungil anak-anak. Atau mungkin juga pada gerai tawanya yang gemersik dan suara manjanya yang bisa melembutkan sekaligus menghangatkan perasaan.

Sejuta perkataan belum cukup untuk menceritakan kecantikan wanita. Sejuta malah berjuta-juta kali ganda perkataan masih tidak cukup untuk mendefinisikan tentang keindahan wanita.

Kitalah wanita itu. Panjangkan kesyukuran ke hadirat Tuhan karena menjadikan kita wanita dan memberikan kita keindahan itu. Namun, betapa pun dijaga, dipelihara, dibelai dan ditatap di hadapan cermin saban waktu, tiba masanya segalanya akan pergi...... wajah akan suram, mata akan kedam. Satu saja yang tidak akan dimakan usia, sifat kewanitaan yang dipupuk dengan iman dan ibadah.

Demikianlah kecantikan yang sebenarnya.

Anonymous said...

WANITA YANG BAIK

Wanita yang baik
adalah wanita yang bangga dengan dirinya
dia menghormati orang lain
seperti menghormati dirinya sendiri

Wanita yang baik adalah
wanita yang kuat
terutama sekali dalam melewati
ranjau-ranjau yang menghadang dalam kehidupannya

Wanita yang baik juga adalah
wanita yang penuh dengan harapan
yang cukup kuat untuk membuatkan
semua harapan dan impian itu menjadi kenyataan

Wanita yang baik juga
mempunyai percikan inspirasi dan ketahanan
mereka juga tahu menginspirasikan orang melalui
potensi yang dikurniakan oleh Tuhan pada dirinya

Wanita yang baik juga
mengenal masa lalu
dia juga mengerti keadaan masa kini
serta bersedia menghadapi masa depan

Wanita yang baik mengenal Tuhannya
dia mengetahui bahwa bersama Tuhan
dunia ini ibarat hanya tempat bermain
namun tanpa Tuhan yang berkuasa
dia hanya akan menjadi permainan

Wanita yang baik
tidak takut untuk menghadapi masa depannya, hanya karena masalah masa lalu
dia mengerti bahwa pengalaman hidupnya
hanya merupakan pengajaran yang membawanya
lebih dekat pada pemahaman diri

Wanita yang baik adalah
bila kamu memandangnya menyenangkanmu
bila kamu menyuruhnya dia patuh dan
bila kamu jauh darinya
ia menjagamu dalam harta dan dirinya

“Kawinilah wanita karena empat (masalah), karena harta, keturunan, kecantikan paras dan karena agamanya. Maka pilihlah yang beragama, kamu selamat.”(Hadist)

Anonymous said...

Salam..
Kiranya kaum Adam tahu...

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang(sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan, dia akan lakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika. Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan, cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni langsung tak berguna.

Anonymous said...

Lagi..
Kiranya kaum Adam tahu...

1. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

2. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat, tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

3. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita. Jadi jangan senyum sebarangan.

4. Jika kamu menyukai sorang wanita, cubalah mulakan dengan Persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

5. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

6. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

7. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri!!

8. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

9. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

10. Bila setiap kali gambar kelas keluar, benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri.

Anonymous said...

Dan Lagi..
Kiranya Kaum Adam tahu..

1. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya...

2. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

3. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

4. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

5. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

6. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

7. Senjata wanita adalah airmata (kejujuran)!!!

8. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya (hadiah, bunga atau sekadar kad ucapan romantis). Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

9. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya. So, kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...

10. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa."

Anonymous said...

Tips2 utk Kaum Adam..

Perempuan inginkan perhatian dan kasih sayang, terutamanya dari orang yang disayangi. Oleh itu tunjukkan sifat keperihatinan dan kasih sayang yang tiada nilai kepada mereka. Bila mereka rasa terhibur dan bahagia mereka akan menjadi seorang pasangan yang amatsetia dan cinta sepenuh hati.
Sekiranya kasih sayang yang mutlak telah didambakan kepada orang yang disayanginya, segala pengorbanan akan dilakukan tanpa memberi sebarang nilai-itulah perempuan.

Gunakan sepenuhnya teknologi yang ada di zaman sekarang. Seringlah menelefon atau menghantar e-mail untuk bertanyakan khabar atau paling minimal mengucapkan `Hai' untuk menunjukkan bahawa dia sering di hati kamu.
Bagi mereka walaupun satu ungkapan atau satu ayat, ia merupakan sesuatu yang sangat berharga dan begitu bahagia menerimanya.

Berkongsilah masalah dengan mereka, cuba dengar pendapat mereka, sekurang-kurangnya mereka akan berasa yang mereka itu penting dalam diri kamu dan diperlukan.

Jangan kamu ambil remeh-temeh pada perkara yang amat penting bagi mereka. Mereka sangat kuat ingatan terhadap tarikh-tarikh penting, contohnya hari ulang tahun. Apa salahnya buat 'surprise' sekali sekala kepada orang yang kita sayangi.
Mereka akan dapat rasakan yang kamu betul-betul menyayanginya.

Perempuan terkenal dengan sifat manjanya. Mereka sering ingin melakukan sesuatu bersama orang yang disayangi. Mereka akan meminta bantuan kamu walaupun mereka mampu melakukannya.
Jangan menolak sekiranya kamu tiada halangan ketika itu. Inilah masanya untuk kamu menonjolkan ke'macho'an kamu!.

Pujuklah mereka dan tenangkan mereka sekiranya mereka dalam kesusahan. Ketika ini mereka benar-benar inginkan kamu di sisi mereka.

Anonymous said...

Lagi..
Tips2 utk Kaum Adam..

Jangan kedekut memberi pujian kepada mereka kerana mereka berhak mendapat pujian.

Berbincanglah kamu selagi kamu boleh berbincang dan berbincanglah bersama-sama dalam menyelesaikan sesuatu masalah.

Jangan kamu menggunakan kuasa veto kamu dalam membuat keputusan. Cuba memahami keinginannya dan kemahuannya. Sesetengah perempuan tidak suka menyatakan secara terus terang tentang apa yang mereka inginkan, kadang-kadang mereka suka berkias dan memberi contoh `cerita orang lain' kepada kamu.
Jadi kamu kenalah peka dan gunakan kepakaran kamu untuk memenangi hati mereka.

Jangan lupa, mereka juga ada ego yang terselit di celah-celah kelembutan mereka. Apabila mereka terancam atau tercabar..lahirlah sifat amarah, cemburu dan cepat merajuk. Masalah akan timbul bagi mereka yang suka memendam terhadap sesuatu yang mereka tidak puas hati.

Mereka akan `meletup' pada suatu hari. TETAPI kamu jangan sama-sama meletup. Kamu juga jangan lupa dalam diri kamu wujud satu sifat kepimpinan untuk menyelesaikan masalah yang timbul dalam keadaan yang terkawal. Cari sebab mengapa ia terjadi dan bawa berbincang.
Ditahap ini kesabaran, toleransi dan komunikasi amat penting.

Lakukan dalam keadaan ketika mereka sudah 'sejuk'. Mungkin kamu juga boleh `cool'kan diri kamu dengan berfikir secara positif contohnya mengapa mereka cemburu. Itu kerana mereka SAYANGkan kamu!

Anonymous said...

macam pernah nampak je gambar ni kat profile tagged. :)

ni gambar profile farna june! hehe!

Anonymous said...

@baloot:
Tajam nian mata awak tu bila lihat yg cantik2 je... :P

Andi201200 said...

I'm really tired
I hv did everything
but it can't change anything
how can't i explain
something that i can't imagine
something that i'm afraid
something that make me hurt
and now it comes
and she's gone
fly and never return

Anonymous said...

salam kenal ....

wanita sholehah yang benar2 sempurna rasanya 1000:1 di dunia ini ...

kebanyakan hampir semua wanita haus akan hal keduniawian semata.

Anonymous said...

Assalamu'alaikum wrwb, salam kenal dari saya, pengusaha aqiqah

Marga Pahlevi said...

بسم الله الرحمن الرحيم
المرءة عماد البلاد